eIPI merupakan Sistem Permohonan Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Negeri Kelantan. MAIK mempunyai kuasa mendaftar dan mengawal sekolah-sekolah agama dan institusi pengajian
Islam di bawah Seksyen 96, Enakmen MAIK bil.4,1994.
Tafsiran Sekolah agama atau institusi pengajian Islam;
“suatu tempat, di mana sepuluh orang atau lebih diberi, atau menerima sama ada
secara tetap atau berkala, pendidikan, pengajaran atau latihan secara formal, sama ada di dalam satu
kelas atau lebih yang berhubungan dengan Islam atau maksud-maksud Islam dan tempat sedemikian
termasuklah madrasah atau surau, pondok, tadika, taman asuhan kanak-kanak, pusat Islam, atau
pusat latihan untuk guru, atau tempat lain tidak kira bagaimana jua sekalipun diperihalkan atau
disebut tetapi tidaklah termasuk sekolah Agama Islam di bawah kawalan Kementerian Pendidikan”
Log Masuk